Friday, November 21, 2008

Akhbar Utusan Malaysia Elok Di Tukar Kepada Akhbar Hiburan

Boikot Utusan Malaysia!!! aku lebih rela membaca akhbar tersebut di warung makan ataupun di internet daripada membazirkan wang untuk membeli. aku akui memang sudah lama aku tidak membeli akhbar yang penuh dengan ilmu putar alam. Gaya penulisan dan olahan berita yang paling teruk aku baca setakat ini. Penuh dengan ayat-ayat mengampu dan membodek sehingga hendak keluar segala isi perut aku bila membacanya. Walaupun sudah bertapak di Malaysia puluhan tahun, akhbar Utusan Malaysia sanggup menjadi akhbar pencacai serta penjilat no. 'wahid' kepada pemimpin UMNO dan BN daripada membentangkan isu yang telus dalam negara. Corak berita yang begitu berat sebelah sehingga menyebabkan aku naik meluat membaca segala intipati yang terdapat didalam akhbar tersebut. Maklumat yang dibawa jelas menunjukkan kepincangan pihak pengurusan Utusan Malaysia dimana mereka lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Yang berkualiti hanyalah kisah-kisah artis di dalam dan luar negara. Isu-isu yang berkaitan artis mereka sanggup mengupas sehingga ke lubang cacing. Jika beginilah gayanya, eloklah akhbar Utusan Malaysia ditukar menjadi akhbar Hiburan Malaysia kerana isu artis yang dibawa adalah lebih tepat daripada kisah-kisah benar yang membabitkan masyarakat di Malaysia... Oleh itu, wajarlah untuk kita semua memboikot akhbar ini daripada membelinya. Biar mereka rasa kesannya akibat suka menyiarkan maklumat-maklumat palsu serta memanaskan lagi isu perkauman yang begitu sensitif dikalangan rakyat di Malaysia....oleh itu marilah 'BOIKOT UTUSAN MALAYSIA'...!!!

Monday, November 10, 2008

wasiat mujahiddin!!!

klik pada image untuk melihat dgn lebih jelas....

Sunday, November 9, 2008

Pelan Ransangan RM7billion???

berita yang x dpt dilihat di RTM n tv 3....

PENGEBOM BALI SUDAH DITEMBAK MATI!!!

Hukuman tembak sampai mati telah disempurnakan pada jam 12.00 malam tadi (waktu Indonesia) ke atas Amrozi, Ali Gufron dan Imam Samudera yang telah didapati bersalah kerana terlibat dalam kes pengeboman Bali yang telah meragut 202 nyawa pada tahun 2002. Perlaksanaan hukuman mati tersebut telah disahkan oleh peguambela dan saudara terdekat Amrozi. Jenazah ketiga-ketiga mereka akan diterbangkan ke kampung halaman mereka di Lamongan, Jawa Timur sebaik sahaja selesai dimandi dan dikafankan. Buat masa ini, pihak berkuasa Indonesia sedang melaksanakan pengawasan tahap tertinggi bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini akan berlaku setelah hukuman ke atas pengebom Bali ini disempurnakan.
Al-Fatihah buat mereka bertiga. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang yang beriman. Amin. ALLAHUAKBAR!!!

Tuesday, November 4, 2008

budus!

Saturday, November 1, 2008

kEGOan mengatasi keHIPOKRITan manusia..

Akhir2 ni aku slalu sgt memerhati org.. tak tau kenape.. mungkin hobi.. so.. kite mula kan dgn Bismillah.. ok!!.. bodoh ke atau aku ke yg bodoh sebab aku memerhati dorang? kenape? takut sgt kelemahan diri di perhatikan? anda takut? tapi anda tetap ‘show off’ yg anda mempunyai kelemahan.. utk ape? itu salah satu kebodohan diri sendiri yg bukan datang dari Allah s.w.t. ciptaan NYA adlh yg teramat2 unik.. sampai kite pun tak tau siapekah kite ini.. ego.. hipokrit.. tak bleh lari dari manusia sejagat sekarang.. kenape? kenape perlu ade 2 ayat itu dlm otak kite.. ape kah utk kepentingan yg bernilai? atau maruah diri? atau kebodohan manusie sejagat? kite telah di anugerahkan dgn se"buku" otak yg kosong.. dan di corakkan dgn berbagai2 warna.. tapi.. kenape mesti ade dakwat itam yg tertumpah dkt kepala kita? kenapa? kenapa perlu ade satu halangan yg sgt tebal (yang mengatakan anda ini BANGANG) kenape anda tidak boleh terima bile anda di kritik (kalau tau itu memang silap kite?) ? kenape? adekah anda kehilangan berjuta2 euro kalau anda biarkan diri anda dikritik @ di nasihat? adekah maruah anda atau keluarga anda jatuh bergolek2? TIDAK! sama sekali.. manusie yg boleh begerak bebas ke mane2.. boleh berfikiran sampai ke luar galaksi.. tapi.. kenape mesti disempit kan pemikiran itu disebabkan utk menjage STATUS? kau hanye lah seperti sazali yg di dalam cerite anakku sazali.. yg tidak tau tanah yg dipijak itu adelah warna COKLAT..dan tidak berpijak dibumi yg nyata.. yg tidak sedar dari mane asal usul mu! kenape perlu anda berwatakkan seperti cendiakawan sedangkan otak anda kosong! kenape anda perlu mengangkatkan diri sendiri sedangkan bakul anda tidak berTALI! anda sedar tak idop anda seperti sesuatu yg SIA SIA? aku bukan nak mengata.. tapi ni la kenyataan.. anda mahu idop seperti supermodel? tapi anda hanye la sampah yg tahu mencuri.. anda mahu hidup seperti P.DIDDY yg memakai cincin bernilai berjuta2 dolar USD? tapi anda hanyalah anak melayu yg hanye mempunyai perwatakan yg bodoh yg mengaplikasi cara hidup YAHUDI amat tidak sesuai dgn hidup kite.. fikirlah.. dan takut lah yg kite ni akan MATI satu hari nanti.. dan fikirlah.. sehebat mane pun anda.. ke liang lahad juge anda akhirnya..daripada ALLAH s.w.t kita dtg dan kepada ALLAH s.w.t kita akan kembali... walau kau anak raje sekali pun.. mati tetap dengan kain kafan.. fikirkan lah.. KEBENDAAN @ status anda itu hanya lah permainan dunia..