Sunday, December 28, 2008

Happy New Year! 1430H

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut dan meraikan Tahun Baru 1430 HIJRAH kepada kesemua penganut agama Islam. Moga kita semua bertambah berjaya, diberi kesihatan yang baik, bertambah rezeki yang banyak lagi berkat. Moga mendapat kebaikan dan keberkatan dalam segala yang dilakukan di tahun baru Hijrah ni. Apa yang lagi penting moga diberkati, dirahmati oleh Allah dan bertambah iman. Bersabarlah dengan segala dugaan dan cabaran yg bakal mendatang. Semoga kita semua akan menjadi seorang insan yg berguna pada bangsa, negara dan agama. Insyaallah!

Monday, December 22, 2008

Perhimpunan Skuter Kebangsaan 2008!

pabila yang baru bertemu yang lama, pabila yang lawa disatukan dengan kekuatan jentera, Acara terbesar yang dinanti-nantikan semua, KINI KEMBALI!!! Stadium Paroi N. Sembilan.. Jumpa anda disana!

Friday, December 19, 2008

Kejayaan Perlaksanaan Islam Hadhari

Setelah lebih empat tahun fahaman islam hadhari diterapkan dalam sebagai aspirasi halatuju pendekatan pentadbiran pimpinan Pak Lah. Pelbagai kejayaaan yang amat cemerlang, gemilang dan terbilang telah dikecapi seperti berikut: 1. Mengajar rakyat selalu bercakap bohong 2. Meng ISA kan orang yang berkata benar dan mengbendungkan kebaikan. 3. Mangharamkan Ulama2 yang berkata benar dari berceramah 4. Memperkayakan anak menantu dengan merompak khazanah negara 5. Mensensaikan isu fitnah liwat. 6. Menjahanamkam ekonomi negara, hinggakan paras inflasi cecah tertinggi dalam 21 tahun aku hidup. 7. Menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga minyak mendadak tapi turunnya ciput.. 8. Meninggikan kadar index Rasuah negara dimana perasuah besar dilindungi. 9. Menfitnah dengan memerangkap pemimpin partu lawan dengan rasuah palsu 10. Penipuan berleluasa ketika pilihanraya. 11. Memperkudakan jabatan2 kerajaan hak rakyat utk kepentingan politik 12. Mengalakkan politik wang dan rasuah di pemilihan parti. 13. Menghalalkan pengunaan C4, dinama bapa C4 tidak payah dibicarakan cukup dengan bersumpah. 14. Menindas kerajaan pembangkang melayu islam dengan sekatan dan lengahkan bantuan atau royalti.dan bla..bla...(banyak lagi). 15.Berjaya meningkatkan kadar kelahiran anak luar nikah dikalangan remaja Islam. 16.Kadar melayu murtad terus meningkat. Ini dijelaskan sendiri oleh Mufti Perak. Begitulah adilnya dan berjayanya Islam Hadhari...SYABAS Pak Lah!!!

Thursday, December 18, 2008

Rock The World 8!

klo ade kesempatan aku nk pegi!!!!...gig terbesar utk tahun nie...klo ade keizinan dari segi kewangan memang laju jerk aku nk pogo...dah lama tak tumbuk terajang orang!!!!hahahaha......mesti meriah...dah lame tak pegi gig nie...stadium merdeka!!!!wait!!!i'm coming!!! ade 16 band perform thun nie...tp sayang POH takde tahun nie...damn!!tp tak per!akn ku nanti butterfingers & One Buck Short beraksi!!!Untuk maklumat lanjut..klik sini

Wednesday, December 17, 2008

Sai Baba

Kehadiran Seorang Bernama Sai Baba
more info
Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, India Selatan. Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibahagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi). Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda: “HariKiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. “ Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as).
wallahu al’am..
Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang bahkan jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut. Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini. “Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting…” (HR.Bukhari dan Muslim) “Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah) Antara DAJJAL dan SAI BABA
1.Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok. Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo. 2. Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali. 3. Dajjal datang dan bersamanya ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya. 4. Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata. 5. Dajjal memiliki pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama. 6. Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana. 7. Dajjal akan muncul dan mengaku sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya. 8. Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020. 9. Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengaku bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta. 10. Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur’an dan keharusan untuk memahaminya. 11. Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker. 12. Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering). 13. Dajjal dapat mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafaz ALLAH dalam sekejap. 14. Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba boleh menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia. 15. Dajjal boleh berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba boleh berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya. 16. Dajjal boleh membesarkan tubuhnya. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang. 17. Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga dapat berjalan ke pasar, rumah sakit dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia. 18. Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya. 19. Dajjal tidak memiliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga. 20. Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis. 21. Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan
Wallahualam..
Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya. “Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.” Hendaknya ia berkata : Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”

Tuesday, December 9, 2008

JAKIM..OH..!!.JAKIM....

nak kate bodoh...aku lagi bodoh....pasal isu berjabat tangan dengan wanita nie pn xdpt pkir.... aper pnye bangang la JAKIM nie..... yang aku pelik n betul2 xpham....macammane contoh yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘keadaan yang sukar dielakkan’ itu ?macammane pula yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘dalam keadaan terkawal’ ?n the last one...kalau sudah dibolehkan kenapa pula ‘tidak boleh dijadikan budaya’ ? Apa maksudnya?

Saturday, December 6, 2008

Horoskop,Zodiak,atau Bintang?

Aku ada terbaca satu artikel pasal kepercayaan terhadap horoskop mengikut perspektif Islam dari internet dari seorang pensyarah fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh. Dia menyatakan yang solat mereka yang membaca ramalan horoskop, zodiak atau bintang ini melalui mana-mana medium samada internet, akhbar atau majalah, tidak akan di terima Allah selama 40 hari walaupun tanpa membenarkan kesahihan ramalan tersebut. *Itu pun kalau sembahyang! Lebih parah lagi, jika seseorang itu membaca dan membenarkan ramalan tersebut, maka orang itu telah kufur kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Kenyataan Nik Salida ini juga adalah merupakan ulasan kepada seorang ulama terkenal, Sheikh Yusuf Al-Qardawi mengenai ramalan membaca bintang. Aku terkedu sekejap! Lalu teringat ketika berhubungan dengan si R, atau lebih tepat lagi ketika keluar dengan Si R dulu-dulu. Kami selalu bercakap mengenai horoskop. Bukanlah dengan maksud mempercayai ramalan horoskop ini, tapi kami suka mengkaji karekter masing-masing dan orang lain juga melalui bintang. Dia Gemini dan aku Capcricon! Amalan ini diteruskan selepas aku sudah tidak keluar dengan si R atas sebab-sebab tertentu, kali ini dengan si M pula. Keghairahan berbual tentang isu horoskop ini di jadikan alasan untuk kerap keluar bersama, tambah pula kami memang berkongsi zodiak yang sama! *Selepas tidak keluar dengan si R dan si M lagi, aku lebih suka untuk bercakap soal RM! Bukan di sebabkan oleh kenyataan Nik Salida Suhaila mahupun Yusuf Al-Qardawi, aku sebenarnya orang yang agak ragu-ragu dengan kesahihan horoskop. Bacaan horoskop ini biasanya dimulai dengan ramalan umum untuk diri kamu pada bulan itu, kemudian di pecahkan secara spesifik kepada 3 aspek iaitu Hubungan Cinta, Kewangan dan Kesihatan. Jika sekadar untuk mengkaji karekter manusia atau mungkin alasan kamu untuk jadikan ia motivasi. Itu mungkin aku boleh terima. Selain dari itu, aku lebih suka berpandukan Al-Quran. Aku bukanlah manusia yang alim sangat, tapi agama yang aku anuti menuntut aku untuk mempercayai Al-Quran. Selain yang tidak terkandung dalam Al-Quran, aku hanya simpan sebagai hujah-hujah perbandingan antara islam dan bukan islam. Jangan pula kamu cop aku konservatif jika aku enggan menjadi moden dengan mempercayai horoskop. Ilmu astrologi Ibnu Sina dan tafsiran mimpi Nabi Yusuf adalah jauh melangkaui bacaan ramalan bintang ini. Pandang tak nampak, panggil tak dengar. Jangan sekali-kali kamu banding-bandingkan dan samakan ia! Ok! Aku bukan nak bersyarah atau menyanggah hujah Syeikh Yusuf Al-Qardawi. Kalau nak dibandingkan dengan beliau, ilmu aku terlalu cetek pasal agama! Horoskop, Zodiak, Bintang? Ketiga-tiganya adalah sama! Percaya? Tak Percaya? Nabil kata, "Lu pikirlah sendiri!" tapi aku kata, "Apa yang kamu faham dengan konsep kepercayaan?"

Friday, November 21, 2008

Akhbar Utusan Malaysia Elok Di Tukar Kepada Akhbar Hiburan

Boikot Utusan Malaysia!!! aku lebih rela membaca akhbar tersebut di warung makan ataupun di internet daripada membazirkan wang untuk membeli. aku akui memang sudah lama aku tidak membeli akhbar yang penuh dengan ilmu putar alam. Gaya penulisan dan olahan berita yang paling teruk aku baca setakat ini. Penuh dengan ayat-ayat mengampu dan membodek sehingga hendak keluar segala isi perut aku bila membacanya. Walaupun sudah bertapak di Malaysia puluhan tahun, akhbar Utusan Malaysia sanggup menjadi akhbar pencacai serta penjilat no. 'wahid' kepada pemimpin UMNO dan BN daripada membentangkan isu yang telus dalam negara. Corak berita yang begitu berat sebelah sehingga menyebabkan aku naik meluat membaca segala intipati yang terdapat didalam akhbar tersebut. Maklumat yang dibawa jelas menunjukkan kepincangan pihak pengurusan Utusan Malaysia dimana mereka lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Yang berkualiti hanyalah kisah-kisah artis di dalam dan luar negara. Isu-isu yang berkaitan artis mereka sanggup mengupas sehingga ke lubang cacing. Jika beginilah gayanya, eloklah akhbar Utusan Malaysia ditukar menjadi akhbar Hiburan Malaysia kerana isu artis yang dibawa adalah lebih tepat daripada kisah-kisah benar yang membabitkan masyarakat di Malaysia... Oleh itu, wajarlah untuk kita semua memboikot akhbar ini daripada membelinya. Biar mereka rasa kesannya akibat suka menyiarkan maklumat-maklumat palsu serta memanaskan lagi isu perkauman yang begitu sensitif dikalangan rakyat di Malaysia....oleh itu marilah 'BOIKOT UTUSAN MALAYSIA'...!!!

Monday, November 10, 2008

wasiat mujahiddin!!!

klik pada image untuk melihat dgn lebih jelas....

Sunday, November 9, 2008

Pelan Ransangan RM7billion???

berita yang x dpt dilihat di RTM n tv 3....

PENGEBOM BALI SUDAH DITEMBAK MATI!!!

Hukuman tembak sampai mati telah disempurnakan pada jam 12.00 malam tadi (waktu Indonesia) ke atas Amrozi, Ali Gufron dan Imam Samudera yang telah didapati bersalah kerana terlibat dalam kes pengeboman Bali yang telah meragut 202 nyawa pada tahun 2002. Perlaksanaan hukuman mati tersebut telah disahkan oleh peguambela dan saudara terdekat Amrozi. Jenazah ketiga-ketiga mereka akan diterbangkan ke kampung halaman mereka di Lamongan, Jawa Timur sebaik sahaja selesai dimandi dan dikafankan. Buat masa ini, pihak berkuasa Indonesia sedang melaksanakan pengawasan tahap tertinggi bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini akan berlaku setelah hukuman ke atas pengebom Bali ini disempurnakan.
Al-Fatihah buat mereka bertiga. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang yang beriman. Amin. ALLAHUAKBAR!!!

Tuesday, November 4, 2008

budus!

Saturday, November 1, 2008

kEGOan mengatasi keHIPOKRITan manusia..

Akhir2 ni aku slalu sgt memerhati org.. tak tau kenape.. mungkin hobi.. so.. kite mula kan dgn Bismillah.. ok!!.. bodoh ke atau aku ke yg bodoh sebab aku memerhati dorang? kenape? takut sgt kelemahan diri di perhatikan? anda takut? tapi anda tetap ‘show off’ yg anda mempunyai kelemahan.. utk ape? itu salah satu kebodohan diri sendiri yg bukan datang dari Allah s.w.t. ciptaan NYA adlh yg teramat2 unik.. sampai kite pun tak tau siapekah kite ini.. ego.. hipokrit.. tak bleh lari dari manusia sejagat sekarang.. kenape? kenape perlu ade 2 ayat itu dlm otak kite.. ape kah utk kepentingan yg bernilai? atau maruah diri? atau kebodohan manusie sejagat? kite telah di anugerahkan dgn se"buku" otak yg kosong.. dan di corakkan dgn berbagai2 warna.. tapi.. kenape mesti ade dakwat itam yg tertumpah dkt kepala kita? kenapa? kenapa perlu ade satu halangan yg sgt tebal (yang mengatakan anda ini BANGANG) kenape anda tidak boleh terima bile anda di kritik (kalau tau itu memang silap kite?) ? kenape? adekah anda kehilangan berjuta2 euro kalau anda biarkan diri anda dikritik @ di nasihat? adekah maruah anda atau keluarga anda jatuh bergolek2? TIDAK! sama sekali.. manusie yg boleh begerak bebas ke mane2.. boleh berfikiran sampai ke luar galaksi.. tapi.. kenape mesti disempit kan pemikiran itu disebabkan utk menjage STATUS? kau hanye lah seperti sazali yg di dalam cerite anakku sazali.. yg tidak tau tanah yg dipijak itu adelah warna COKLAT..dan tidak berpijak dibumi yg nyata.. yg tidak sedar dari mane asal usul mu! kenape perlu anda berwatakkan seperti cendiakawan sedangkan otak anda kosong! kenape anda perlu mengangkatkan diri sendiri sedangkan bakul anda tidak berTALI! anda sedar tak idop anda seperti sesuatu yg SIA SIA? aku bukan nak mengata.. tapi ni la kenyataan.. anda mahu idop seperti supermodel? tapi anda hanye la sampah yg tahu mencuri.. anda mahu hidup seperti P.DIDDY yg memakai cincin bernilai berjuta2 dolar USD? tapi anda hanyalah anak melayu yg hanye mempunyai perwatakan yg bodoh yg mengaplikasi cara hidup YAHUDI amat tidak sesuai dgn hidup kite.. fikirlah.. dan takut lah yg kite ni akan MATI satu hari nanti.. dan fikirlah.. sehebat mane pun anda.. ke liang lahad juge anda akhirnya..daripada ALLAH s.w.t kita dtg dan kepada ALLAH s.w.t kita akan kembali... walau kau anak raje sekali pun.. mati tetap dengan kain kafan.. fikirkan lah.. KEBENDAAN @ status anda itu hanya lah permainan dunia..

Friday, October 31, 2008

kenapa aku benci UMNO?

yang kaya, semakin kaya. yang miskin terpinga-pinga. bila dah nak dekat pilihanraya, segala yang diminta dapat. setelah menang, duduk mengangkang. selepas 5 tahun, perkara yg sama berulang. dimana perginya tanggungjawab seorang politikus? hanya pandai berkata-kata bermadah pujangga. setelah dapat apa yg dihendak, harga minyak & barang mentah akan naik. kata-kata hanya pada bibir tetapi pada dasarnya? hanya menabur janji pada rakyat yg tidak didengar suaranya.

Thursday, October 30, 2008

Jangan Sedih~

Mengenai kegagalan kerajaan Malaysia dalam mempertahankan Pulau Batu Puteh dgn kerajaan Singapore....

Jangan sedih, kita hanya hilang Batu Puteh. Kita ada banyak lagi batu - Batu Pahat, Batu Gajah, Batu Burok, Batu 3, Batu 6, dan Batu Kikir. Malahan, masih banyak seperti batu blok, batu bata, batu bersurat, batu ladung, batu sempadan, batu belah batu bertangkup. Selain itu, ramai yang ada batu api, batu karang, kepala batu dan hati batu.

Tak akan tak boleh jaga batu masing-masing.

Tanah?

Lepas nie bersiap sedia utk kehilangan tanah hasil daripada pembangunan ‘Iskandar Malaysia’(nama baru untuk kawasan pembangunan Iskandar)..yang dimonopoli oleh pelabur asing. Kemana pelabur tempatan? Dengan ke'bijaksanaan' kerajaan malaysia.... yang bermurah hati untuk memberi tanah dalam negara kepada rakyat asing berbanding membantu rakyat yang dalam kesusahan seperti yang berlaku pada kampung Baru Plentong Tengah baru2 nie..sbnarnya bnyk lg peristiwa tanah digadaikan dengan alasan untuk pembangunan negara! apalah bodoh sangat kerajaan nie.. ..”anak dalam rumah mati kelaparan, orang kat luar disusukan”...tahniah diatas kezaliman yang dilakukan!

Tuesday, October 28, 2008

ڤريحال اكو

اكو تق سمڤورنا تاڤي بلاجر اونتوق سمڤورنا..اكو تق منچاري تاڤي چوبا اونتوق منچاري..اكو تق كسه اڤ كات مريك تاڤي اكو كسه بيلا اد يڠ مڠات..اكو بنچي مريك يڠ سوك مڠواساءي مأنسي تاڤي اكو بلاجر اونتوق تق مڠواساءي مريك..اكو بنچي ڤد مريك يڠ هيڤوكريت دان تق مڠاكو مريك اداله هيڤوكريت..اكو بنچي مريك يڠ سوك ممبيذاكن تارف مريك دڠن مأنسي يڠ لاين تاڤي تق منيلاي هرڬ ديري سنديري..اكو بنچي ڤد مريك يڠ سوك فيكير ديري ترلالو باڬوس..اكو مليهت ڤد مريك يڠ رنده ديري دان سوك ممبنتو..هيدوڤ أومڤام رود..هاري اين كاو اد د اتس،بيسوق كاو اد د باوه..جاڠن ترلالو تعصوب دڠن اڤ يڠ كاو ميليكي..دنيا اين تق بڬيتو كجم اونتوق مڠادلي سمولا اتس اڤ يڠ ده دلاكوكن همبا يڠ برنام مأنسي..درڤد الله كيت داتڠ، كڤد الله جوا كيت كمبالي..