Saturday, December 6, 2008

Horoskop,Zodiak,atau Bintang?

Aku ada terbaca satu artikel pasal kepercayaan terhadap horoskop mengikut perspektif Islam dari internet dari seorang pensyarah fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh. Dia menyatakan yang solat mereka yang membaca ramalan horoskop, zodiak atau bintang ini melalui mana-mana medium samada internet, akhbar atau majalah, tidak akan di terima Allah selama 40 hari walaupun tanpa membenarkan kesahihan ramalan tersebut. *Itu pun kalau sembahyang! Lebih parah lagi, jika seseorang itu membaca dan membenarkan ramalan tersebut, maka orang itu telah kufur kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Kenyataan Nik Salida ini juga adalah merupakan ulasan kepada seorang ulama terkenal, Sheikh Yusuf Al-Qardawi mengenai ramalan membaca bintang. Aku terkedu sekejap! Lalu teringat ketika berhubungan dengan si R, atau lebih tepat lagi ketika keluar dengan Si R dulu-dulu. Kami selalu bercakap mengenai horoskop. Bukanlah dengan maksud mempercayai ramalan horoskop ini, tapi kami suka mengkaji karekter masing-masing dan orang lain juga melalui bintang. Dia Gemini dan aku Capcricon! Amalan ini diteruskan selepas aku sudah tidak keluar dengan si R atas sebab-sebab tertentu, kali ini dengan si M pula. Keghairahan berbual tentang isu horoskop ini di jadikan alasan untuk kerap keluar bersama, tambah pula kami memang berkongsi zodiak yang sama! *Selepas tidak keluar dengan si R dan si M lagi, aku lebih suka untuk bercakap soal RM! Bukan di sebabkan oleh kenyataan Nik Salida Suhaila mahupun Yusuf Al-Qardawi, aku sebenarnya orang yang agak ragu-ragu dengan kesahihan horoskop. Bacaan horoskop ini biasanya dimulai dengan ramalan umum untuk diri kamu pada bulan itu, kemudian di pecahkan secara spesifik kepada 3 aspek iaitu Hubungan Cinta, Kewangan dan Kesihatan. Jika sekadar untuk mengkaji karekter manusia atau mungkin alasan kamu untuk jadikan ia motivasi. Itu mungkin aku boleh terima. Selain dari itu, aku lebih suka berpandukan Al-Quran. Aku bukanlah manusia yang alim sangat, tapi agama yang aku anuti menuntut aku untuk mempercayai Al-Quran. Selain yang tidak terkandung dalam Al-Quran, aku hanya simpan sebagai hujah-hujah perbandingan antara islam dan bukan islam. Jangan pula kamu cop aku konservatif jika aku enggan menjadi moden dengan mempercayai horoskop. Ilmu astrologi Ibnu Sina dan tafsiran mimpi Nabi Yusuf adalah jauh melangkaui bacaan ramalan bintang ini. Pandang tak nampak, panggil tak dengar. Jangan sekali-kali kamu banding-bandingkan dan samakan ia! Ok! Aku bukan nak bersyarah atau menyanggah hujah Syeikh Yusuf Al-Qardawi. Kalau nak dibandingkan dengan beliau, ilmu aku terlalu cetek pasal agama! Horoskop, Zodiak, Bintang? Ketiga-tiganya adalah sama! Percaya? Tak Percaya? Nabil kata, "Lu pikirlah sendiri!" tapi aku kata, "Apa yang kamu faham dengan konsep kepercayaan?"

No comments: