Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut
dan meraikan Tahun Baru 1430 HIJRAH kepada kesemua penganut agama Islam.
Moga kita semua bertambah berjaya, diberi kesihatan yang
baik, bertambah rezeki yang banyak lagi berkat. Moga mendapat
kebaikan dan keberkatan dalam segala yang dilakukan di tahun
baru Hijrah ni. Apa yang lagi penting moga diberkati,
dirahmati oleh Allah dan bertambah iman.
Bersabarlah dengan segala dugaan dan cabaran yg bakal
mendatang. Semoga kita semua akan menjadi seorang insan yg
berguna pada bangsa, negara dan agama. Insyaallah!
Sunday, December 28, 2008
Happy New Year! 1430H
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut
dan meraikan Tahun Baru 1430 HIJRAH kepada kesemua penganut agama Islam.
Moga kita semua bertambah berjaya, diberi kesihatan yang
baik, bertambah rezeki yang banyak lagi berkat. Moga mendapat
kebaikan dan keberkatan dalam segala yang dilakukan di tahun
baru Hijrah ni. Apa yang lagi penting moga diberkati,
dirahmati oleh Allah dan bertambah iman.
Bersabarlah dengan segala dugaan dan cabaran yg bakal
mendatang. Semoga kita semua akan menjadi seorang insan yg
berguna pada bangsa, negara dan agama. Insyaallah!
Monday, December 22, 2008
Perhimpunan Skuter Kebangsaan 2008!
pabila yang baru bertemu yang lama, pabila yang lawa disatukan dengan kekuatan jentera, Acara terbesar yang dinanti-nantikan semua, KINI KEMBALI!!! Stadium Paroi N. Sembilan..
Jumpa anda disana!
Friday, December 19, 2008
Kejayaan Perlaksanaan Islam Hadhari
Setelah lebih empat tahun fahaman islam hadhari diterapkan dalam sebagai aspirasi halatuju pendekatan pentadbiran pimpinan Pak Lah. Pelbagai kejayaaan yang amat cemerlang, gemilang dan terbilang telah dikecapi seperti berikut:
1. Mengajar rakyat selalu bercakap bohong
2. Meng ISA kan orang yang berkata benar dan mengbendungkan kebaikan.
3. Mangharamkan Ulama2 yang berkata benar dari berceramah
4. Memperkayakan anak menantu dengan merompak khazanah negara
5. Mensensaikan isu fitnah liwat.
6. Menjahanamkam ekonomi negara, hinggakan paras inflasi cecah tertinggi dalam 21 tahun aku hidup.
7. Menyusahkan rakyat dengan menaikkan harga minyak mendadak tapi turunnya ciput..
8. Meninggikan kadar index Rasuah negara dimana perasuah besar dilindungi.
9. Menfitnah dengan memerangkap pemimpin partu lawan dengan rasuah palsu
10. Penipuan berleluasa ketika pilihanraya.
11. Memperkudakan jabatan2 kerajaan hak rakyat utk kepentingan politik
12. Mengalakkan politik wang dan rasuah di pemilihan parti.
13. Menghalalkan pengunaan C4, dinama bapa C4 tidak payah dibicarakan cukup dengan bersumpah.
14. Menindas kerajaan pembangkang melayu islam dengan sekatan dan lengahkan bantuan atau royalti.dan bla..bla...(banyak lagi).
15.Berjaya meningkatkan kadar kelahiran anak luar nikah dikalangan remaja Islam.
16.Kadar melayu murtad terus meningkat. Ini dijelaskan sendiri oleh Mufti Perak.
Begitulah adilnya dan berjayanya Islam Hadhari...SYABAS Pak Lah!!!
Thursday, December 18, 2008
Rock The World 8!
klo ade kesempatan aku nk pegi!!!!...gig terbesar utk tahun nie...klo ade keizinan dari segi kewangan memang laju jerk aku nk pogo...dah lama tak tumbuk terajang orang!!!!hahahaha......mesti meriah...dah lame tak pegi gig nie...stadium merdeka!!!!wait!!!i'm coming!!!
ade 16 band perform thun nie...tp sayang POH takde tahun nie...damn!!tp tak per!akn ku nanti butterfingers & One Buck Short beraksi!!!Untuk maklumat lanjut..klik sini
Wednesday, December 17, 2008
Sai Baba
Tuesday, December 9, 2008
JAKIM..OH..!!.JAKIM....
nak kate bodoh...aku lagi bodoh....pasal isu berjabat tangan dengan wanita nie pn xdpt pkir....
aper pnye bangang la JAKIM nie.....
yang aku pelik n betul2 xpham....macammane contoh yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘keadaan yang sukar dielakkan’ itu ?macammane pula yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘dalam keadaan terkawal’ ?n the last one...kalau sudah dibolehkan kenapa pula ‘tidak boleh dijadikan budaya’ ? Apa maksudnya?
Saturday, December 6, 2008
Horoskop,Zodiak,atau Bintang?
Aku ada terbaca satu artikel pasal kepercayaan terhadap horoskop mengikut perspektif Islam dari internet dari seorang pensyarah fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh.
Dia menyatakan yang solat mereka yang membaca ramalan horoskop, zodiak atau bintang ini melalui mana-mana medium samada internet, akhbar atau majalah, tidak akan di terima Allah selama 40 hari walaupun tanpa membenarkan kesahihan ramalan tersebut.
*Itu pun kalau sembahyang!
Lebih parah lagi, jika seseorang itu membaca dan membenarkan ramalan tersebut, maka orang itu telah kufur kepada ajaran Nabi Muhammad S.A.W.
Kenyataan Nik Salida ini juga adalah merupakan ulasan kepada seorang ulama terkenal, Sheikh Yusuf Al-Qardawi mengenai ramalan membaca bintang.
Aku terkedu sekejap!
Lalu teringat ketika berhubungan dengan si R, atau lebih tepat lagi ketika keluar dengan Si R dulu-dulu. Kami selalu bercakap mengenai horoskop. Bukanlah dengan maksud mempercayai ramalan horoskop ini, tapi kami suka mengkaji karekter masing-masing dan orang lain juga melalui bintang. Dia Gemini dan aku Capcricon!
Amalan ini diteruskan selepas aku sudah tidak keluar dengan si R atas sebab-sebab tertentu, kali ini dengan si M pula. Keghairahan berbual tentang isu horoskop ini di jadikan alasan untuk kerap keluar bersama, tambah pula kami memang berkongsi zodiak yang sama!
*Selepas tidak keluar dengan si R dan si M lagi, aku lebih suka untuk bercakap soal RM!
Bukan di sebabkan oleh kenyataan Nik Salida Suhaila mahupun Yusuf Al-Qardawi, aku sebenarnya orang yang agak ragu-ragu dengan kesahihan horoskop. Bacaan horoskop ini biasanya dimulai dengan ramalan umum untuk diri kamu pada bulan itu, kemudian di pecahkan secara spesifik kepada 3 aspek iaitu Hubungan Cinta, Kewangan dan Kesihatan.
Jika sekadar untuk mengkaji karekter manusia atau mungkin alasan kamu untuk jadikan ia motivasi. Itu mungkin aku boleh terima. Selain dari itu, aku lebih suka berpandukan Al-Quran. Aku bukanlah manusia yang alim sangat, tapi agama yang aku anuti menuntut aku untuk mempercayai Al-Quran. Selain yang tidak terkandung dalam Al-Quran, aku hanya simpan sebagai hujah-hujah perbandingan antara islam dan bukan islam. Jangan pula kamu cop aku konservatif jika aku enggan menjadi moden dengan mempercayai horoskop.
Ilmu astrologi Ibnu Sina dan tafsiran mimpi Nabi Yusuf adalah jauh melangkaui bacaan ramalan bintang ini. Pandang tak nampak, panggil tak dengar. Jangan sekali-kali kamu banding-bandingkan dan samakan ia!
Ok!
Aku bukan nak bersyarah atau menyanggah hujah Syeikh Yusuf Al-Qardawi. Kalau nak dibandingkan dengan beliau, ilmu aku terlalu cetek pasal agama!
Horoskop, Zodiak, Bintang? Ketiga-tiganya adalah sama!
Percaya?
Tak Percaya?
Nabil kata, "Lu pikirlah sendiri!"
tapi aku kata, "Apa yang kamu faham dengan konsep kepercayaan?"
Friday, November 21, 2008
Akhbar Utusan Malaysia Elok Di Tukar Kepada Akhbar Hiburan
Boikot Utusan Malaysia!!! aku lebih rela membaca akhbar tersebut di warung makan ataupun di internet daripada membazirkan wang untuk membeli. aku akui memang sudah lama aku tidak membeli akhbar yang penuh dengan ilmu putar alam.
Gaya penulisan dan olahan berita yang paling teruk aku baca setakat ini. Penuh dengan ayat-ayat mengampu dan membodek sehingga hendak keluar segala isi perut aku bila membacanya.
Walaupun sudah bertapak di Malaysia puluhan tahun, akhbar Utusan Malaysia sanggup menjadi akhbar pencacai serta penjilat no. 'wahid' kepada pemimpin UMNO dan BN daripada membentangkan isu yang telus dalam negara. Corak berita yang begitu berat sebelah sehingga menyebabkan aku naik meluat membaca segala intipati yang terdapat didalam akhbar tersebut.
Maklumat yang dibawa jelas menunjukkan kepincangan pihak pengurusan Utusan Malaysia dimana mereka lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti. Yang berkualiti hanyalah kisah-kisah artis di dalam dan luar negara. Isu-isu yang berkaitan artis mereka sanggup mengupas sehingga ke lubang cacing. Jika beginilah gayanya, eloklah akhbar Utusan Malaysia ditukar menjadi akhbar Hiburan Malaysia kerana isu artis yang dibawa adalah lebih tepat daripada kisah-kisah benar yang membabitkan masyarakat di Malaysia...
Oleh itu, wajarlah untuk kita semua memboikot akhbar ini daripada membelinya. Biar mereka rasa kesannya akibat suka menyiarkan maklumat-maklumat palsu serta memanaskan lagi isu perkauman yang begitu sensitif dikalangan rakyat di Malaysia....oleh itu marilah 'BOIKOT UTUSAN MALAYSIA'...!!!
Monday, November 10, 2008
Sunday, November 9, 2008
PENGEBOM BALI SUDAH DITEMBAK MATI!!!
Tuesday, November 4, 2008
Saturday, November 1, 2008
kEGOan mengatasi keHIPOKRITan manusia..
Friday, October 31, 2008
kenapa aku benci UMNO?
yang kaya, semakin kaya.
yang miskin terpinga-pinga.
bila dah nak dekat pilihanraya,
segala yang diminta dapat.
setelah menang,
duduk mengangkang.
selepas 5 tahun,
perkara yg sama berulang.
dimana perginya tanggungjawab seorang politikus?
hanya pandai berkata-kata bermadah pujangga.
setelah dapat apa yg dihendak,
harga minyak & barang mentah akan naik.
kata-kata hanya pada bibir tetapi pada dasarnya?
hanya menabur janji pada rakyat yg tidak didengar suaranya.
Thursday, October 30, 2008
Jangan Sedih~
Mengenai kegagalan kerajaan Malaysia dalam mempertahankan Pulau Batu Puteh dgn kerajaan Singapore....
Jangan sedih, kita hanya hilang Batu Puteh. Kita ada banyak lagi batu - Batu Pahat, Batu Gajah, Batu Burok, Batu 3, Batu 6, dan Batu Kikir.
Malahan, masih banyak seperti batu blok, batu bata, batu bersurat, batu ladung, batu sempadan, batu belah batu bertangkup.
Selain itu, ramai yang ada batu api, batu karang, kepala batu dan hati batu.
Tak akan tak boleh jaga batu masing-masing.
Tanah?
Tuesday, October 28, 2008
ڤريحال اكو
| اكو تق سمڤورنا تاڤي بلاجر اونتوق سمڤورنا..اكو تق منچاري تاڤي چوبا اونتوق منچاري..اكو تق كسه اڤ كات مريك تاڤي اكو كسه بيلا اد يڠ مڠات..اكو بنچي مريك يڠ سوك مڠواساءي مأنسي تاڤي اكو بلاجر اونتوق تق مڠواساءي مريك..اكو بنچي ڤد مريك يڠ هيڤوكريت دان تق مڠاكو مريك اداله هيڤوكريت..اكو بنچي مريك يڠ سوك ممبيذاكن تارف مريك دڠن مأنسي يڠ لاين تاڤي تق منيلاي هرڬ ديري سنديري..اكو بنچي ڤد مريك يڠ سوك فيكير ديري ترلالو باڬوس..اكو مليهت ڤد مريك يڠ رنده ديري دان سوك ممبنتو..هيدوڤ أومڤام رود..هاري اين كاو اد د اتس،بيسوق كاو اد د باوه..جاڠن ترلالو تعصوب دڠن اڤ يڠ كاو ميليكي..دنيا اين تق بڬيتو كجم اونتوق مڠادلي سمولا اتس اڤ يڠ ده دلاكوكن همبا يڠ برنام مأنسي..درڤد الله كيت داتڠ، كڤد الله جوا كيت كمبالي.. |








