Thursday, October 30, 2008

Jangan Sedih~

Mengenai kegagalan kerajaan Malaysia dalam mempertahankan Pulau Batu Puteh dgn kerajaan Singapore....

Jangan sedih, kita hanya hilang Batu Puteh. Kita ada banyak lagi batu - Batu Pahat, Batu Gajah, Batu Burok, Batu 3, Batu 6, dan Batu Kikir. Malahan, masih banyak seperti batu blok, batu bata, batu bersurat, batu ladung, batu sempadan, batu belah batu bertangkup. Selain itu, ramai yang ada batu api, batu karang, kepala batu dan hati batu.

Tak akan tak boleh jaga batu masing-masing.

Tanah?

Lepas nie bersiap sedia utk kehilangan tanah hasil daripada pembangunan ‘Iskandar Malaysia’(nama baru untuk kawasan pembangunan Iskandar)..yang dimonopoli oleh pelabur asing. Kemana pelabur tempatan? Dengan ke'bijaksanaan' kerajaan malaysia.... yang bermurah hati untuk memberi tanah dalam negara kepada rakyat asing berbanding membantu rakyat yang dalam kesusahan seperti yang berlaku pada kampung Baru Plentong Tengah baru2 nie..sbnarnya bnyk lg peristiwa tanah digadaikan dengan alasan untuk pembangunan negara! apalah bodoh sangat kerajaan nie.. ..”anak dalam rumah mati kelaparan, orang kat luar disusukan”...tahniah diatas kezaliman yang dilakukan!

No comments: