
Itu juga soalan aku tiap kali mendengar kenalan lain bercerita ttg hebatnya buku ini? dalam hati aku tertanya “apa yg hebat” Finally buku itu ada di hadapan aku..perlahan2 aku buka dan baca..sejujurnya, smpai ke saat aku menulis post ini, novel tersebut masih belum aku khatam lg..huhu.. Pada pendapat aku: novel ini secara senyap boleh menusuk hati sanubari pembaca. secara halus menyebarkan dakwah tentang Islam..betapa dlm Islam, wanita di pandang tinggi. dlm Islam, kewajipan menghormati jiran tetangga(Keluarga Madame Nahade dan Tuan Botros) tidak terbatas oleh perbezaan agama, kewajipan menghormati tetamu walaupun dia dari bangsa dan agama yang berbeza (peristiwa di dalam metro bersama gadis berjubah (Aisha) ), kewajipan kita sebagai saudara seagama dan jiran tetangga supaya membantu mereka yg dalam kesusahan (Noura), kewajipan menjaga adab dan batas pergaulan dengan bukan muhrim (Maria dan Nurul), mengajak kita mengasihi dan saling menghormati (persahabatan dgn teman serumah, Hamdi, Rudy, Saiful dan lg sorang lupe..huhu)..antara ungkapan yang disebut..”Demi Allah aku mencintaimu saudaraku..” yg di ucapkan kpd teman serumah yang byk membantu dan memahami benar2 menyentuh hati.. Dalam novel ini juga ada menceritakan betapa indahnya cinta sesudah perkahwinan..biarpun watak utama (Fahri) ada memendam perasaan terhadap Nurul, tapi dia sedikit pun tak biarkan perasaan cinta kpd bukan muhrim menguasainya, sehinggalah suatu hari, dia di khabarkan, ada pihak wanita ingin menjadikannya suami..tidak tahu bagaimna rupa bakal isteri akhrinya fahri akur dan Alhamdulillah, wanita itu adalah benar2 wanita yang terbaik..”dan sesungguhnya isteri yg baik adalah utk suami yg baik”
Perjalanan cerita dan kisah yang di atur, di selit dengan petikan hadis dan al-quran juga kata2 hikmah benar2 mengasyikkan. gabungan kisah antara kisah Noura, Nurul, Maria dan Aisha tampak teratur dan kemas seolah2 kisah ini benar2 wujud.
Dlm novel ini juga turut menceritakan, bagaimana kesannya cinta kpd manusia lain yg melebihi batas..itu yg terjadi kpd Noura sehingga sanggup menabur fitnah demi mengejar cinta Fahri dan bagaimana Maria jatuh sakit setelah mendapat khabar berita perkahwinan Fahri dgn Aisha..dan Nurul pula sanggup berbuat apa sahaja demi mendapat cinta Fahri termasuk ingin bermadu..cinta sang pencinta..tak semua cinta kan bersatu.
Bagaimana akhirnya kisah ini?huhu..aku dah tau sebabnya aku ‘tewas’ dengan egoku sekali lagi apabila layan cerita nie kat TV3 mlm smlm.Okeh, sesiapa yg inginkan kelainan dlm cerita cinta, dijemput membaca buku ini yer…silakanlah sila yer..:)
No comments:
Post a Comment