Wednesday, October 8, 2008

Ya, Allah Makbulkanlah Doa Mereka!

Pertama, aku berdoa semoga Allah Yang Agung mengurniakan kesejahteraan, ketabahan serta memakbulkan apa jua doa para isteri dan anak-anak tahanan ISA.

Aku ingin menulis berkaitan ISA, sudah lama. Tulisan blogger2 lain menjadi pemangkin semagat aku untuk sama2 berjuang dalam penulisan menghapuskan akta ciptaan zionis yang zalim!!!.

Berita perdana TV3 jam 8.00 malam ini pula menyiarkan segmen ISA. Menurut seorang pensyarah undang-undang, Singapura, Israel, Amerika Syarikat, England, India, Pakistan, Sri Lanka dan negara-negara lain yang jumlahnya 25 buah, mengamalkan undang-undang semacam ISA di Malaysia. So, Malaysia macam Israel dan Amerika, ya!masih nk mengaku Malaysia ini negara Islam. Bkn negara islam kalau tak menjalankan Hukum Allah[hudud]...Islam Hadhari...hahaha....bodoh punya paklah!!

Aku mula mengenali Ordinan Darurat 1948 dan ISA 1960 sewaktu mempelajari Sejarah Malaysia tingkatan 4(seingat aku) di bawah tajuk Darurat. Pada 2007, ketika mengikuti pengajian di IPTA,aku mengikuti banyak rencana tentang ISA khususnya selepas berlaku Peristiwa Memali yang menyebabkan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 yang lain syahid melalui rakan sepengajianku, Saiful. Pada peristiwa itu, ramai pemimpin pembangkang ditahan dibawah akta sial itu menerusi Operasi Hapus diterajui Musa Hitam.

Anak-anak dan isteri-isteri tahanan menyambut aidil fitri tanpa bapa dan suami tercinta. Satu hari yang dinantikan berlalu bagaikan seribu tahun lamanya. Si anak tiada bapa untuk bermanja. Tiada bapa yang memeluknya dalam kedinginan malam apatah lagi pada pagi raya yang mulia. Dia terus membesar tetapi tidak sama seperti kanak-kanak berbapa yang seusia dengannya. Para isteri sudah kering air mata. Mereka menatap kenangan manis bersama suami tercinta dan menempuh kehidupan dengan hiba. Kasih sayang mereka direntap oleh akta durjana!

Hari Raya sudah lapan hari berlalu namun belum ada berita tentang tahanan akan dibebaskan. Permohonan maaf zahir batin oleh pemimpin yang hipokrit itu tiada bermakna. Pembangunan modal insan tiada ertinya kerana air mata para isteri dan anak tahanan saban hari 'dimakannya'. Hindraf yang ingin berjumpa pun dihamunnya pada pagi raya.

Aku teringat kata-kata karamat Ustaz sewaktu dibangku sekolah. Beliau berkata, 'Islam bukan dinilai daripada baka keturunan. Kalau ibu bapa kita seorang pejuang Islam, kita wajib mengikut jejak langkah mereka yang mulia itu, tetapi jika ibu bapa kita daripada perjuangan asabiah, maka kita wajib memutuskan pertalian pejuangan jahiliah tersebut.'

Ibuku mendidik anak-anaknya supaya menjaga maruah dan jangan menjahanamkan nama baik keluarga. Pak Lah, Syed Hamid !!ingatlah bahawa kita semua pasti akan bertemu janji Allah!!Takbir!!!!!!الله اكبر

1 comment:

Anonymous said...

org melayu islam dah hilang rase simpati/belas kasihan kat sesama saudara skrg............

kite tgk org india...sorg pemimpin diorg kene tahan ISA....dorg bersuara lantang suroh lepaskan balik tahanan tu....

cina pon same....MIC menggelupor bile dituduh punca kepada penahanan seorg pemimpin DAP cina kedalam ISA....
dorg x nak dituduh pengkhianat bangsa mereka.....

tapi kita melayu ISLAM....
dari dulu dah berapa ramai org ISLAM ditahan dibawah ISA yg x adil nih....berapa kerat je yg bersuara......
dah la x nak bersuara...kutok plak org ISLAM yg berjuang untuk bebaskan tahanan ISA....DENGKI busuk HATI.......tu la org kite....